Ketua Unit Pembangunan Akademik | Cikgu Mohd Zaki Bin Mohd Ali

0

Cikgu Mohd Zaki Bin Mohd Ali 


Latar Belakang Pendidikan
Bachelor of Mechanical Engineering; Master of Mechanical Engineering
sedang menyiapkan kajian di peringkat PhD in Engineering. 


Pengalaman Industri
Ketua Unit Pembangunan (Akademik) dan Kualiti Tutor Al Hafiz Education Group,
Tutor subjek Fizik dan Matematik di Jabatan Matematik, UNITEN 
7 tahun pengalaman 'in field' sebagai tutor akademik pelajar sekolah aliran sains tulin.


Ketua Instruktor | Encik Firdaus Sahri

0



Encik Firdaus Sahri

Jurutera, berkelulusan Ijazah Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Hanyang, Korea, berpengalaman luas dalam mengendalikan bengkel pelajar di peringkat IPT dan kini menjadi Ketua Instruktor bagi program pembangunan akademik pelajar dan klinik kerjaya 
Al Hafiz Education Group.




Profesional vs Guru .. scenario semasa

0


Soalan Tipikal .. Stereotaip


Kami sering diterjah pertanyaan tipikal oleh segelintir ibubapa yang ingin mendaftarkan anak, adakah tutor dari kumpulan guru sekolah?, Adakah kami mengikuti silibus sekolah ?,

Kami hanya senyum menerima soalan ini.

Soalan kami semula,

Adakah mereka yang mempunyai 'track record' yang baik dari peringkat sekolah, ke universiti sehingga mendaki laluan karier mereka dengan baik tiada kemampuan untuk memindahkan ilmu yang ada. Malah kami percaya individu ini mempunyai banyak 'ramuan' muncul sebagai bekas - bekas pelajar terbaik turut boleh dikongsi.



Mereka semua adalah pengerak Program Tuisyen Putrajaya Al Hafiz terdiri daripada bekas pelajar MRSM, pelajar terbaik dan ahli profesional.


Soalan kami lagi ye ..


Adakah 'guru sekolah' yang rata-rata kini berkerja hampir sama jumlah jamnya dengan jawatan lain. Dari pagi hingga ke petang. Adakah kesemuanya kini berada di platform sebagai 'cikgu' tuisyen di malam hari ..

Jika ada cikgu sekolah yang ingin mencari wang saku lebih 'turun padang' mengajar pelajar, pihak kami juga ingin memanggil cikgu yang 'komited' itu bersama menjadi tenaga pengajar kami. Berdasarkan database kami, di tempat kami juga sering menerima pelajar pelajar dari kalangan guru sekolah sendiri. Alasan yang kami terima, tiada masa kerana bebanan tugas hakiki atau tidak mahir mengajar subjek tersebut. Maka adakah penyedia program tuisyen tidak mengkaji scenario semasa golongan guru hari ini hingga sesetengah pihak boleh 'downgrade' kemampuan penyedia program tuisyen swasta. Ada ketika pelajar berubah kerana suntikan semangat dari Cikgu Tuisyen. Pengalaman kami, kebanyakan pelajar yang berdaftar program tuisyen adalah mereka dari kelas belakang dan kurang menerima perhatian kerana kumpulan belajar yang ramai. Jika ada pihak menafikan peranan penyedia program tuisyen, di mana pelajar yang telah ketinggalan ini harus merujuk? Samada pendidik kerajaan atau swasta masih perlu menyokong satu sama lain. Kenapa tidak pula kita mempertikaikan Sekolah Antarabangsa? adakah kerana mereka penyedia program sekolah swasta yang berprestij. Bagaimana jika kami katakan, Al Hafiz Putrajaya pula menerima beberapa pelajar kami dari sekolah Antrabangsa untuk mengajar mereka subjek IGCSE,  IB dan A Level. Kenapa golongan ekspatriat yang membayar yuran semester anak hampir RM 30,000 boleh pula mencari cikgu tuisyen kami. Kami juga menerima permintaan dari anak Juruterbang, Pensyarah, Pengarah di kementerian, CEO dan doktor.

Berkenaan silibus ? setakat ini kami belum berkesempatan untuk menulis buku teks atau buku rujukan seperti guru sekolah tulis dan kami yakin buku -buku yang kami pilih dalam pasaran adalah diiktiraf penulisnya, dicetak oleh penerbit yang dikawal mutunya dan digunapakai oleh kebanyakan warga pendidik di sekolah juga. Maka ia sudah tentu menepati 'silibus sekolah'. Jika memandai mengajar luar dari silibus, apa yang boleh diajar? Hebat betul tutor kami hendak mencipta teori dan formula baru ye .. :) 

kita mengajar bagaimana untuk memudahkan cara belajar .. rekod kami pernah menukar gred pelajar dari F kepada A untuk subjek 'killer'. Sila tinjau koleksi testimoni kami ..





jadi adakah mereka tutor yang bukan 'background' pendidikan tidak mampu mengajar?? 
apa kolerasi yang membuktikannya?

ini respon yang kami beri .. fikir-fikir dan renung - renungkanlah ..

Selamat Belajar ..

Dahulu Home Tuition, Kini Pusat Tuisyen | Catatan blog Puan Ju, Pengasas Program Tuisyen Putrajaya

5
Dahulu Home Tuition, Kini Pusat Tuisyen Putrajaya

Sepintas lalu ..

10 tahun dulu mengimbau kisah-kisah dulu..sebagai cikgu tuisyen. Dari tahun 2003 hingga ke hari ini, sudah hampir 10 tahun gamaknya berkecimpung dalam kerja sambilan menjadi cikgu tuisyen.

Dari pengalaman berjumpa sudah berpuluh-puluh murid, saya dapat simpulkan ada beberapa trend kenapa pelajar mengambil tuisyen;

1) Pelajar yang sangat lemah dan perlu dipulihkan.
2) Pelajar yang bermasalah dengan guru disekolah (Kami pernah berhadapan dengan pelajar yang bergaduh dengan guru sendiri dan dimotivated untuk ke sekolah, tetapi kami sukar percaya apabila dia boleh datang dan selalu menelefon kami untuk tanya kelas ada ke tak? dan percaya tak pelajar ini sudah pun bergelar Mahasiswa ..
3) Pelajar yang ingin 'maintain' result A.

Namun kebanyakan kelompok yang kami terima adalah dari kelompok satu dan dua.



Bagaimana kisah menjadi cikgu tuisyen bermula?


Kisahnya bermula hampir 10 tahun lalu apabila anak jiran yang akan menduduki peperiksaan sering datang bertandang ke rumah untuk menikmati 'spagetti ala Malaysia'. Kadang-kala dia membawa buku kerja rumah untuk disiapkan. Memandangkan belum ada komitmen pada anak, maka dilapangkan diri untuk turut menyemak kerja sekolah bersama anak jiran tadi..akhirnya wujudlah permintaan.

permintaan dari si ibu untuk menjadi cikgu tuisyen anaknya..

Untuk menolak jiran sebelah..apatah lagi sudah banyak membantu diri..
hajat si ibu ditunaikan..dengan syarat tiada bayaran bagi servis diberikan..

hanyalah niat mengingatkan semula perkara-perkara lepas yang dipelajari pada zaman sekolah..
Dari seorang..berjangkit anak jiran lain pula meminta sama untuk join kelas..
hendak tak nak terpaksa juga kerana ingin menjaga keharmonian adat berjiran tangga..
Kelas kami bermula selepas Isya' dan tamat pada jam 10 malam begitulah dua kali seminggu.

Alhamdulillah empat pelajar tadi dua darinya berjaya mendapat A dalam subjek yang diajar Bahasa Melayu dan English dan boleh masuk asrama penuh..

Semasa tidak berkerja, saya juga membuka kelas tuisyen dari seorang pelajar beranak hampir 25 orang pelajar dirumah. Pelajar saya rata-rata pelajar anak pekerja kilang yang tinggal di flat yang sewanya hanya RM 250 - 350. Bayangkan bagaimana mereka membesar saat itu, dengan ibu dan ayah terpaksa berkerja shif siang dan malam..anak-anak berkeliaran naik atas bawah flat..jika musim raya, kenal atau tak kenal..mereka berkumpulan akan datang mengetuk pintu ke pintu dengan dialog sama.

'Semekom..kami datang nak raya' .

Yang berhati murah akan menghulurkan keping timah bagi yang jenis 'ala budak tok sah layan' maka akan terus menutup pintu dan membiarkan suara-suara kecil itu berlalu..

ada antaranya adalah pelajar tuisyen saya sendiri..sampaikan saya tercengang dan menyoal mereka semua kenapa awak semua ketuk pintu lepas tu minta duit, mak ayah awak tak marah ke..tak lah cikgu mak ayah saya cakap 'pergilah banyak rumah nanti dapat duit lagi..mak ayah kitorang tak kisah pun..adoii..itulah mentaliti mereka disana..dan akhirnya saya terpaksa mengeluarkan khutbah..

'Kita tidak boleh meminta duit, sebab perangai macam tu kurang elok..orang akan tanya anak siapa nih yang minta duit2..mana mak ayahnya..kalau awak nak datang beraya, ajak mak ayah awak datang sini, cikgu pun nak beraya dengan mak ayah awak..terus membuntang mata mereka dan berkata..takpelah cikgu..

esoknya kumpulan yang sama datang round lagi..dan kali ini saya kata

'kalau nak raya juga mesti masuk dan makan dulu kemudian awak tunggulah samada dapat duit ke tak'

akhirnya mereka akur dan masuk..

lusanya datang seorang budak, terus menarik langsir sliding saya lalu menghulurkan tangan..nak duit..nak beli air!!..terkejut saya dan hasben..saya tidak melayan sebaliknya berkata..jika awak nak duit bawa mak ayah ke sini beraya rumah saya..akhirnya dia berlalu..

Meskipun mereka membesar dalam suasana seperti ini namun mereka sungguh bersemangat apabila dapat belajar tuisyen..maklumlah nak makan hidup dibandar pun susah apatah lagi untuk membayar duit tuisyen.maka saya mengenakan harga tuisyen hanya RM 15/subjek untuk sekali perjumpaan setiap minggu. Murah..memanglah murah tapi berapa yang patut saya letak untuk membolehkan mereka terus belajar tanpa terbeban.

Ada seorang ibu, kerjanya juru tol..setiap hari dia mesti park motorsikalnya depan rumah saya..hari2 saya melihat dia memakai topi kalendar kaler pink untuk anak perempuan keciknya sebesar pelajar saya yang bernama Cinta..tapi saya kagum dengan ibu ini, meskipun kulitnya kusam dek naik motor dibawah matahari..namun dia tekad membesarkan tiga orang anaknya..dan yang sulung amat bijak..tetapi disebabkan tidak mampu, si sulung terpaksa withdraw..saya mahu pelajar ini terus belajar kerana saya tahu dia ada masa depan..saya menelefon si ibu dan mengatakan saya menjemput pelajar ini untuk belajar secara percuma atau berapa sahaja puan mampu, saya menerima..namun hanya sekejap mungkin disebabkan perasaan segan..maka si anak tidak meneruskan kelas..saya hanya menelan rasa...

Pelajar saya dulu memang tahap kritikal..semua C dan D..hadiahnya saya dapat melihat wajah mereka tersenyum kulat bila disoal sifir dan digelakkan oleh teman sepermainan..

Masih saya ingat seorang pelajar lelaki yang bertubuh gempal dan suka mengenakan kopiah ketika itu dia baru darjah 4. Disebabkan slow menangkap apa yg diajar dlm kelas, dia sering ditertawakan oleh pelajar yang sedikit nakal..masa tu, muka dia mesti menjadi merah hingga ke telinga dan ada masanya dia akan mengalirkan air mata..jadi saya akan membuntang mata kepada teman2nya yang nakalnya masyallah termasuklah anak buah saya sendiri..tapi si ibu pernah memberitahu saya, jika tiba hari tuisyen dialah akan bersemangat untuk datang awal..jika saya dapat jumpa dia lagi..sudah tentu saya akan tawarkan kelas percuma padanya dengan cikgu taraf PhD..meskipun mengalami kesukaran untuk menyebut dgn tidak lancar..namun beliau berusaha dan sering tidak beralah apabila disuruh hafal dan menyelesaikan soalan kira-kira..saya masih ingat tajuknya adalah 'fraction'
hingga saya terpaksa melukis orang lidi yang berkepala kecil bertubuh besar untuk membezakan mana satu penggandanya..

2014..

Hari ini saya mempunyai tiga tempat tuisyen yang bukan lagi dirumah tetapi di premis, dan hari ini saya menerima panggilan dari seorang ayah untuk kami membantu anaknya yang akan exam satu minggu lagi..perjumpaan pertama bersama si ibu dan anak..saya menanyakan soalan pertama..
apa gred subjek ini sekarang? jawapannya D..

Saya termenung ..dalam hati berbisik..kenapa lagi seminggu nak periksa dah tahu anak tahap ni baru nak cari tuisyen..

Kenapa tak dapatkan tusiyen awal ye.. sebab sekarang ni agak suntukla jugak masa dengan pencapaian sekarang nih? (maksud saya, kenapa last minute cari tuisyen.. masalahnya anaknya bukan robot untuk boleh telan semua dalam masa singkat..tak ke kes naya tu..) soal saya kembali dengan berhati-hati khuatir si ibu terasa hati. Saya mengatakan sesuatu yang bagi saya adalah logik membantu si anak sekiranya sudah tahu si anak bermasalah dalam pelajaran. Saya tidak mengatakan bagi kes ibubapa yang tidak berkerja tetap..ini bagi kes anak orang yang ada gaji tetap dan untuk satu subjek lebih kurang RM 40 - RM 50 sebulan dari awal tahun. tak awal tahun pun dalam pertengahan tahun pun boleh diterima ini satu minggu lagi..alasannya..

Ayah sibuk..!!

bukan saya ingin berkata semua pelajar perlu tuisyen.. kami cikgu2 pun selalu mencabar pelajar..'kami dulu tak de pun tuisyen macam awak semua.. tapi boleh jer masuk U'..tapi saya sungguh sedih melihat sikap kebanyakan pelajar tuisyen pada hari ini yang acuh tak acuh..Kami bukan setakat perlu baiki pencapaian akademik mereka malah pael dan motivasi mereka perlu dibentuk balik. Rata rata pelajar kebelakangan kurang mempunyai energi, cara fikir yang kehadapan dan aktif dalam kelas. Cikgu perlu banyak main peranan untuk balance keduanya. See .. adakah senang tugas seorang Cikgu Tuisyen?

Zaman kita dulu belajar sangat susah..pergi sekolah berjalan kaki berkilo-kilo..tak de duit untuk belanja mewah2 disekolah..nak beli buku pun tak mampu..sesekali mengambil buku dari library untuk buat rujukan..tapi untuk kerja sekolah cikgu, tidak pernah merungut..hari ini kita minta buat nota ringkas untuk mereka sendiri.. pun mereka cakap 'dan ke nak buat cikgu'..adeh..

Balik ke cerita tadi.. maka semua cikgu berbincang untuk memberikan kelas personal coaching untuk si anak bagi membantu mereka dan caj yang diberikan bukanlah terlalu mahal jauh lebih rendah dari caj yang personal tutor di sekitar putrajaya, namun atas dasar belas kami kurangkan harga..namun mengejutkan kami..si ayah bukan menanyakan apa, bagaimana boleh bantu anak dan bolehkan kami kurangkan jam belajar? tetapi jawapan yang saya terima..

'kalau macam tu macammana saya tak mampu nak bayar ' saya kena bincang dengan isteri saya dulu"
untuk dua 'subject killer' Matematik dan Sains adakah RM 30/sejam itu mahal bagi kelas yang di conduct oleh Cikgu Zaki level PhD yang telah terbukti testimonial pelajar dari 'G' kepada 'A'. Tapi saya melihat anaknya menggunakan telefon lebih canggih dari telefon saya yang sudah ketinggalan zaman boleh pula..

Tidak sedikit pun ralat jika tidak mendapat kumpulan pelajar seperti ini, tapi rasa kecewa dengan sikap mereka yang mengambil mudah dengan pelajaran anak kemudian melepaskan pada cikgu tuisyen untuk dipulihkan pada saat akhir kemudian menuntut-nuntut harga yang tidak munasabah.. kita berusaha untuk memulihkan pelajar tetapi jika ibubapa sendiri acuh tak acuh bagaimana dapat si anak dipulihkan.. ada pula bertitle Dato' pun liat untuk menjelaskan yuran anak yang berapa sangatla..

‪#‎Saya‬ tidak tahu menjual direct selling, saya hanya tahu mengajar dan apa saja berkenaan buku dan pendidikan adalah passion saya.. maka segala perbincangan untuk memulakan 'dealing' adalah dari terbetik dari rasa tanggungjawap. Begitu juga saranan mengambil kelas ketika cuti sekolah, bukan untuk mencari sebanyak mana pun student..kami pun tak larat dari pagi sampai ke malam 7 hari seminggu, cuma ini adalah saranan yang baik jika anak tidak mampu membahagikan masa ketika waktu sekolah. Bukannya terlalu ingin sangat menyebut pasal upah..tapi kami perlukan upah untuk membayar titik peluh tutor, meneruskan survival tempat ini agar dapat ramai pelajar yang ingin belajar dapat terus belajar..cerita ini adalah sejarah hidup saya sebagai cikgu tuisyen... tapi hari ini saya share pada semua parents agar parents tahu tak semua cikgu tuisyen hanya ingin duit sahaja tanpa rasa belas pada pelajar. kami juga ada hati impian untuk tengok pelajar kami berjaya.



Jue

dipetik dari blog Puan Jue